26.4.15

Mesyuarat Kali Ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Pada tarikh 25 Mac 2015, kami telah mengadakan mesyuarat kali kelima bertempat di study area di DK4. Pelbagai perkara telah dibincangkan mengenai isu-isu serta progress progam Tautan Kasih ’15 ini.

Perkara pertama yang dibincangkan ialah mengenai projek Car Wash yang merupakan sumber premier bagi projek kami ini. Setakat ini pendapatan bagi projek ini agak memberansangkan berikutan ramai warga dan pelawat UM yang turut memberikan sokongan kepada projek kami ini.

Seterusnya, kami membincangkan tentang bahagian backdrop untuk majlis penutupan program kami di Kampung Haji Razali seperti maklumat yang perlu dipaparkan dalam backdrop kami itu. Flyers juga perlu disediakan oleh biro poster kami.

Selain itu, ketua projek ini, Afif telah berjumpa dengan setiausaha Dato’ Shamsudin Lias untuk memohon dana bagi projek kami ini. Perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan.


Setiap ahli projek ini telah ditekankan untuk menyediakan persiapan bagi slot masing-masing pada program tersebut kelak.

Mesyuarat tamat pada jam kira-kira 1 petang.

Meeting di study area DK 4 Fakulti Sains

3 comments:

  1. meeting kali ni agak tidak kondusif kerana terlalu banyak kumpulan lain yang melakukan perbincangan. tetapi meeting ni ada hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Setiap ahli kumpulan berpeluang untuk mengendalikan satu slot merupakan cara yang baik kerana semua ahli mempunyai peluang untuk cuba menjadi seorang ketua.

    ReplyDelete
  3. The car wash project turned out to be quite encouraging & we hoped this would continue for the rest of the weeks. Jobs were previously assigned to every group member & a brief update of the progress of the preparation work was done by each of us.

    ReplyDelete