Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia!
Untuk mesyuarat kali ini iaitu pada Hari Rabu (18/3/2015), kami telah bersetuju untuk berjumpa di tempat belajar Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains. Semua ahli kumpulan turut serta kecuali tiga orang iaitu Muhammad Mukhlis Bin Mohd Khir, Muhammad
Nasir Bin Abdul Halim dan Khairul Anwar Alan Bakash atas tuntutan jadual yang tidak dapat dielakkan.
Antara perkara-perkara yang dibentangkan ialah mengenai persetujuaan daripada wakil orang kampung untuk kami melakukan program di sana. Perkara ini telah dibentangkan oleh Afif sendiri yang telah pergi ke Kampung Dato Haji Razali untuk berbincang. Kami juga berbincang mengenai perjalanan aktiviti yang akan dijalankan selama 4 hari 3 malam ini. Setiap slot dibincangkan dengan teliti dan akan diketuai oleh seorang daripada kumpulan kami.
Setiap slot mempunyai objektif yang tersendiri dan sangat bermanfaat untuk masyarakat kampung. Contohnya untuk slot keempat iaitu pada waktu malam kami akan menganjurkan satu program Hala Tuju Pendidikan Generasi Muda. Program ini khusunya untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM supaya mereka lebih tahu akan perjalanan seterusnya ke alam universiti.
Kemudian, kami berbincang tentang kenderaan yang kami gunakan untuk sampai ke destinasi. Sebanyak tiga buah kereta yang akan dibawa ke sana dan semua perbelanjaan minyak akan dimasukkan ke dalam bajet kewangan. Selain itu, kami bersetuju untuk melakukan persembahan pada malam penutup.
Mesyuarat tamat.
persembahan malam penutup terngiang ngiang dalam fikiran. haha
ReplyDeleteKami mula berfikir dengan lebih teliti tentang details projek kami. Harap pengalaman yang akan kami kongsi semasa Slot 4 dapat memanfaatkan pelajar-pelajar kampung.
ReplyDeleteA detailed discussion about the activities & events to be carried out at the kampung. We worked out an outline & everyone of us were told to be prepared to work on it. It was quite a good plan, but maybe certain things were yet to be amended. More discussions were required.
ReplyDelete