Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia!
Pada tarikh 9 Mac 2015 kami telah mengadakan mesyuarat kali ketiga di kafe kolej kediaman ke-12 pada jam 8 malam. Ianya pastilah berkenaan projek jalinan masyarakat kami ini. Kami telah membincangakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sana berserta belanjawan yang diperuntukan bagi projek kami ini kerana kami perlu membentangkan idea kami ini pada hari Jumaat pada minggu tersebut.
Antara aktiviti yang telah dibincangkan adalah aktiviti gotong-royong memandangakn ia adalah aktiviti yang biasa dilakukan sekiranya melawat ke tempat orang. Kami telah mengira peruntukan kewangan untuk membeli segala peralatan yang diperlukan demi menjalankan aktiviti ini.
Selain itu, kami juga bercadang untuk membuat BBQ pada hari terakhir projek jalinan masyrakat ini sebagai aktiviti kenang-kenangan. Belanjawan juga telah dikira untuk membeli segala makanan yang diperlukan.
Seterusnya, perbincangan tentang kertas kerja Car Wash juga dalam proses pembikinan kerana kami ingin menjalankan projek 'raise funding' Car Wash ini secepat mungkin agar kami dapat memperoleh dana untuk projek ini. Kami juga telah bersepakat untuk meletakan harga Car Wash kami sebanyak RM10 bagi sebuah kereta pada hari bekerja dan RM5 pada hari minggu.
Akhirnya kami menamatkan mesyuarat pada jam kira-kira 10 malam.
perjumpaan ni sangat tidak kondusif kerana bunyi hujan yg kuat tambahan pula suasana kafe yang bising tetapi sedikit sebanyak perkongsian dan isu dapat diselesaikan.
ReplyDeleteAhli kumpulan sangat berminat dan aktif untuk memberikan pendapat semasa berbincang BBQ yang akan diadakan semasa projek kerana semua suka makan. haha!
ReplyDeleteIt was a short meeting. More discussions were to be held.
ReplyDelete