Bagi
slot ketiga pula iaitu pada waktu petang, kami adakan aktiviti sukaneka dan
futsal. Slot ini diuruskan oleh Wong Qing Ning dan Tan Cho Sing.Banyak
permainan yang disediakan seperti anak ayam, '123 freeze ', bola beracun dan lain-lain lagi. Kami turut menyediakan sedikit hadiah
untuk pemenang-pemenang aktiviti di atas. Manakala untuk futsal yang
berlangsung antara ahli lelaki kumpulan kami dengan warga muda penduduk
kampung, ianya hanya untuk merapatkan hubungan dan lebih mengenali antara satu
sama lain.
Futsal dengan anak-anak muda kampung.
Pada waktu malam diteruskan lagi program Halatuju Pendidikan
Generasi Muda yang dikendalikan oleh Muhammad Nasir Bin Abdul Halim. Program ini dijalankan
untuk memberi gambaran kepada para pelajar tentang halatuju mereka elepas tamat
zaman persekolahan yang dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator daripada
kumpulan kami. kami sempat juga berkongsi pengalaman yang ada kepada mereka.
kami juga lakukan aktiviti membina bangunan yang paling tinggi menggunakan
straw. Aktiviti ini adalah untuk menguji daya kreativiti dan kebolehan mereka
berfikir secara pantas dalam waktu yang diberi.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari kedua ini tamat
pada pukul 11.30 malam.
Saya merupakan ketua bagi slot sukaneka. Harap kanak-kanak berasa seronok semasa menjalankan aktiviti dan permainan. Jujurnya, saya berasa sangat seronok semasa bermain dengan kanak-kanak kerana mereka sangat aktif dan suci.
ReplyDeleteslot riadah bersama remaja kg mendapat sambutan. aktiviti halatuju berjaya memberi sedikit gambaran kepada adik2 yg akan menempuh alam menara gading. alhamdulillah segala berjalan dengan lancar. tahniah PIC Sukan dan PIC halatuju.
ReplyDeleteSangat gembira menjalankan slot ini dengan kanak-kanak. Kebanyakkan mereka amat aktif dan riang.
ReplyDeleteA meaningful day. We got to interact with the kids & young people who are living at the village. We had a great gaming session with the cute kids. Our male group members had an exciting FUTSAL competition with the young men (the villagers). And at night, we had a wonderful academic session (a talk) with the young people. We hoped they have reaped the most benefits of it.
ReplyDeletemacam kenal
ReplyDelete