4.6.15

Majlis Penutup Program Tautan Kasih'15

Majlis penutup Program Tautan Kasih’15 diadakan di balai raya Kampung Haji Razali. Secara amnya , majlis ini diadakan adalah untuk menutup program yang telah berjalan selama 4 hari 3 malam ini dan ianya adalah majlis formal. Kami telah menjemput pegawai khas Dato’ Shamsudin Lias iaitu Encik Marwan Bin Ahmad. Dato’ Shamsudin Lias tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan beliau ialah orang yang bertanggungjawab memberi dana untuk kegunaan sepanjang program ini berlangsung. Ramai penduduk kampung yang turut hadir pada malam itu.

Banyak persiapan yang dilakukan untuk menjayakan majlis penutup ini. Muhammad Nasir Bin Abdul Halim merupakan pengurus pada malam itu manakala Aziela Shafika Binti Sulaiman dan Muhammad Syafiq Bin Shahrel sebagai pengacara majlis. Terdapat juga tayangan multimedia berbentuk video sepanjang program ini berlangsung dan persembahan sketsa dan nyanyian daripada kami semua untuk mereka yang hadir.

Pada malam itu juga, terdapat penyampaian hadiah daripada JKKKP kampung kepada remaja-remaja kampung yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kami juga turut menyampaikan sedikit buah tangan kepada Encik Marwan Bin Ahmad. Selain itu, kami hadiahkan cenderamata kepada setiap keluarga angkat dan JKKKP Kampung Haji Razali. Kami juga turut menerima penghargaan daripada penduduk kampung. 












































































4 comments:

  1. Walaupun terdapat kesalahan yang telah dilakukan semasa malam penutup, kami akan berusaha untuk memperbaiki. Overall saya sangat enjoy malam penutup. It's an awesome night!

    ReplyDelete
  2. melakukan kesilapan buat kali pertama merupakan pengajaran untuk seterusnya. tahniah PIC majlis. malam ini jugalah sy terasa terharu dengan ucapan ringkas dari tok sidang.

    ReplyDelete
  3. Walaupun terdapat kesalahan dan kekurangan pada malam ini, namun begitu saya amat seronok dan enjoy malam ini.

    ReplyDelete
  4. We had prepared a lot for the ceremony. We felt pleased & grateful because everything went on smoothly. We sincerely thanked our "keluarga angkat" & all the villagers for giving us a warm welcome & treating us well during our stay at the kampung.

    ReplyDelete