2.6.15

Hari Kedua di Kampung Haji Razali

Pada hari kedua iaitu hari Sabtu,11/4/2015, tentatif aktiviti kami bermula pada pukul 6.00 pagi iaitu persiapan diri di rumah keluarga angkat masing-masing. Kami makan pagi bersama-sama mereka sambil membantu mereka di dapur. Kami juga saling berkongsi cerita sedikit sebanyak apa yang dilalui pada hari pertama iaitu semalam. Hal ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua.

                Seterusnya, kami bertolak ke tempat kerja kebanyakan penduduk kampung ini. Majoriti daripada mereka mengusahakan sawah padi kerana di kampung ini sangatlah luas dan banyak sawah padi. Kami juga dapat tahu yang sawah padi ini dimiliki sendiri oleh mereka. Aktiviti ini sangat menarik kerana kami dapat mengetahui banyak perkara yang sebelum ini kami tidak ketahui langsung mengenai sawah padi. Kami juga berpeluang merasai sendiri cara untuk membuang padi angin dengan tunjuk ajar daripada Ketua Kampung Haji Razali yang dipanggil Tok Sidang. Selepas selesai di sawah padi, kami bergerak untuk mandi di palong. Ada diantara kami yang pertama kali mandi di palong dan ianya amatlah menyeronokkan.



















Kami bertolak pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk bersiap sedia bagi aktiviti seterusnya. Kami juga makan tengahari di rumah kenduri salah seorang penduduk kampung Haji Razali. Kemudian, kami teruskan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang diadakan di balai raya kampung itu. Aktiviti ini diketuai oleh Nadiah Binti Jafri juga dibantu oleh ahli-ahli kumpulan yang lain. Sasaran aktiviti ini adalah untuk golongan remaja dan kanak-kanak dan kami bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah gayakan peribahasa, teka-teki, teacher’s said dan killer.


















bersambung ke bahagian dua..hahaha

3 comments:

  1. Sawah padi di kampung ini sangat indah dan kami juga telah manangkap banyak gambar,haha! Sesi latihan dalam kumpulan sangat menyeronokkan kerana kanak-kanak sangat aktif dan mempunyai semangat yang kuat!

    ReplyDelete
  2. Pengalaman berada disawah sangat berharga. LDK telah berjaya dijalankan dan mendapat sambutan yang memberansangkan. Tahniah PIC LDK

    ReplyDelete
  3. A glorious morning spent at the paddy field! I like the greenery, the vast & wide paddy fields, the morning glow as well as strolling around by riding the motorbikes... Later, in the afternoon, we had some indoor activities with the kids. They were very cooperative & both the kids & us enjoyed being together.

    ReplyDelete