26.4.15

Mesyuarat Kali Ke-5

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Pada tarikh 25 Mac 2015, kami telah mengadakan mesyuarat kali kelima bertempat di study area di DK4. Pelbagai perkara telah dibincangkan mengenai isu-isu serta progress progam Tautan Kasih ’15 ini.

Perkara pertama yang dibincangkan ialah mengenai projek Car Wash yang merupakan sumber premier bagi projek kami ini. Setakat ini pendapatan bagi projek ini agak memberansangkan berikutan ramai warga dan pelawat UM yang turut memberikan sokongan kepada projek kami ini.

Seterusnya, kami membincangkan tentang bahagian backdrop untuk majlis penutupan program kami di Kampung Haji Razali seperti maklumat yang perlu dipaparkan dalam backdrop kami itu. Flyers juga perlu disediakan oleh biro poster kami.

Selain itu, ketua projek ini, Afif telah berjumpa dengan setiausaha Dato’ Shamsudin Lias untuk memohon dana bagi projek kami ini. Perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan.


Setiap ahli projek ini telah ditekankan untuk menyediakan persiapan bagi slot masing-masing pada program tersebut kelak.

Mesyuarat tamat pada jam kira-kira 1 petang.

Meeting di study area DK 4 Fakulti Sains

2.4.15

Mesyuarat Keempat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia!

Untuk mesyuarat kali ini iaitu pada Hari Rabu (18/3/2015), kami telah bersetuju untuk berjumpa di tempat belajar Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains. Semua ahli kumpulan turut serta kecuali tiga orang iaitu Muhammad Mukhlis Bin Mohd Khir, Muhammad Nasir Bin Abdul Halim dan Khairul Anwar Alan Bakash atas tuntutan jadual yang tidak dapat dielakkan.

Antara perkara-perkara yang dibentangkan ialah mengenai persetujuaan daripada wakil orang kampung untuk kami melakukan program di sana. Perkara ini telah dibentangkan oleh Afif sendiri yang telah pergi ke Kampung Dato Haji Razali untuk berbincang. Kami juga berbincang mengenai perjalanan aktiviti yang akan dijalankan selama 4 hari 3 malam ini. Setiap slot dibincangkan dengan teliti dan akan diketuai oleh seorang daripada kumpulan kami. 

Setiap slot mempunyai objektif yang tersendiri dan sangat bermanfaat untuk masyarakat kampung. Contohnya untuk slot keempat iaitu pada waktu malam kami akan menganjurkan satu program Hala Tuju Pendidikan Generasi Muda. Program ini khusunya untuk para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM supaya mereka lebih tahu akan perjalanan seterusnya ke alam universiti.

Kemudian, kami berbincang tentang kenderaan yang kami gunakan untuk sampai ke destinasi. Sebanyak tiga buah kereta yang akan dibawa ke sana dan semua perbelanjaan minyak akan dimasukkan ke dalam bajet kewangan. Selain itu, kami bersetuju untuk melakukan persembahan pada malam penutup.

Mesyuarat tamat.



1.4.15

Mesyuarat Kali Ke-3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia!

Pada tarikh 9 Mac 2015 kami telah mengadakan mesyuarat kali ketiga di kafe kolej kediaman ke-12 pada jam 8 malam. Ianya pastilah berkenaan projek jalinan masyarakat kami ini. Kami telah membincangakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sana berserta belanjawan yang diperuntukan bagi projek kami ini kerana kami perlu membentangkan idea kami ini pada hari Jumaat pada minggu tersebut.

Antara aktiviti yang telah dibincangkan adalah aktiviti gotong-royong memandangakn ia adalah aktiviti yang biasa dilakukan sekiranya melawat ke tempat orang. Kami telah mengira peruntukan kewangan untuk membeli segala peralatan yang diperlukan demi menjalankan aktiviti ini.

Selain itu, kami juga bercadang untuk membuat BBQ pada hari terakhir projek jalinan masyrakat ini sebagai aktiviti kenang-kenangan. Belanjawan juga telah dikira untuk membeli segala makanan yang diperlukan. 

Seterusnya, perbincangan tentang kertas kerja Car Wash juga dalam proses pembikinan kerana kami ingin menjalankan projek 'raise funding' Car Wash ini secepat mungkin agar kami dapat memperoleh dana untuk projek ini. Kami juga telah bersepakat untuk meletakan harga Car Wash kami sebanyak RM10 bagi sebuah kereta pada hari bekerja dan RM5 pada hari minggu. 

Akhirnya kami menamatkan mesyuarat pada jam kira-kira 10 malam.