6.3.15

Pengenalan Kepada Kursus Jalinan Masyarakat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1 Malaysia.


Kami daripada Kumpulan Enam untuk Kursus Jalinan Masyarakat (GXEX 1417 ). Kursus ini menuntut para pelajar Universiti Malaya untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dimana kami harus menyumbang kepada komuniti setempat samada dari segi bantuan berbentuk barangan atau moral disamping menimba pengalaman sebanyak mungkin. Program dan aktiviti yang dilakukan mestilah untuk merapatkan hubungan antara komuniti yakni pelajar-pelajar dengan penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.


Blog ini diwujudkan adalah untuk mencoret segala persiapan kami dalam merencana perjalanan program bertitik tolak daripada minggu pertama hingga minggu terakhir. Program yang kami akan jalankan ialah  " PROGRAM  TAUTAN KASIH '15 " di Kampung Pandan, Kuala Selangor.


Kami berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan kami dapat melakukannya dengan seikhlas hati. Sejujurnya kami inginkan penduduk setempat dan juga pihak yang terlibat mendapat pelbagai manfaat daripada program yang akan berlangsung tidak lama lagi ini.

Sekian untuk pengenalan pertama kami.

TERIMA KASIH. #tautankasih'15




3 comments:

  1. hari pertama pengenalan kursus. objektif projek masih tidak jelas

    ReplyDelete
  2. Saya mempunyai idea asas tentang kursus ini selepas taklimat dan berasa seronok kerana berpeluang untuk menyumbang kepada komuniti walaupun kami masih seorang mahasiswa pada masa sekarang.

    ReplyDelete
  3. This was a new course. Students were divided into groups & we met our group members. We were still "new" to each other & this was the first time we worked together. Hopefully we could build up our friendship & get everything done in time.

    ReplyDelete