15.3.15

Mesyuarat Kali Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Pada hari Jumaat , 6/3/2015 kami telah berkumpul di Kafe Fakulti Sains Universiti Malaya. Ini merupakan kali kedua kami berjumpa untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai projek yang akan diteruskan. Semua ahli kumpulan hadir dan juga terdapat penambahan seorang ahli kumpulan iaitu Muhammad Nasir bin Abdul Halim yang memegang jawatan sebagai bendahari.

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama-sama. Antaranya adalah tentang perubahan tempat yang telah dipersetujui sebelum ini dalam mesyuarat kali pertama. Kami akan pergi ke Kampung Haji Dato' Razali di Negeri Selangor dimana kampung ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sebab-sebab yang memaksa kami untuk mencari tempat lain adalah kerana ianya memerlukan dana yang begitu besar.

Pada mesyuarat kali ini juga kami telah membincangkan tentatif aktiviti yang akan dijalankan selama empat hari tiga malam program ini berlangsung. Kelainan aktiviti yang akan kami cuba lakukan ialah dengan mengikuti penduduk kampung ke tempat mereka bekerja. Sedikit sebanyak kami merasakan kami dapat belajar tentang penat lelah dalam mencari rezeki.

Perkembangan seterusnya pada mesyuarat kali ini ialah kami membincangkan tentang aktiviti ' Car Wash ' yang akan dijalankan. Kami telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan aktiviti ini selama tiga minggu bermula pada minggu keempat hingga minggu keenam di Dataran Kimia, Fakulti Sains. 

Mesyuarat bersurai pada jam 5.00 petang.

Sekian, Terima Kasih.

7.3.15

Mesyuarat Ulung Kalinya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1Malaysia.

Pada tarikh 2 Mac 2015 buat julung kalinya kami telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan ahli jawatankuasa projek dan cadangan projek dari setiap ahli kumpulan. Kami mengadakan mesyuarat di Foyer D Kolej Kediaman Ke-12 kerana ramai ahli kami terdiri daripada warga kolej ini. 

Setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas masing-masing demi menjayakan projek ini. Seterusnya, kami membincangkan projek-projek yang sesuai untuk dijalankan bagi kursus Jalinan Masyarakat ini. 

Antara projek-projek yang dibincangkan adalah projek melawat ke kampung orang asli di Endau-Rompin, Johor. Projek ini mendapat banyak sokongan ahli walaubagaimanapun ianya masih di dalam perancangan. 

Kemudian, kami membincangakn cara- cara untuk memperoleh dana dan kami mendapat kata sepakat untuk mendapatkan dana melalui aktiviti 'Car Wash' yang akan kami adakan di datatan kimia fakulti sains. Kami juga akan cuna mendapatkan dana melalui kutipan dana daripada kedai runcit ataupun IM4U dan kumpulan zakat. 

Akhirnya mesyuarat kami tamat pada jam 12 malam. Mesyuarat dari semasa ke semasa akan diadakan untuk mengetahui perkembangan projek kami ini. 

Sekian, Terima Kasih.

6.3.15

Pengenalan Kepada Kursus Jalinan Masyarakat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam 1 Malaysia.


Kami daripada Kumpulan Enam untuk Kursus Jalinan Masyarakat (GXEX 1417 ). Kursus ini menuntut para pelajar Universiti Malaya untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dimana kami harus menyumbang kepada komuniti setempat samada dari segi bantuan berbentuk barangan atau moral disamping menimba pengalaman sebanyak mungkin. Program dan aktiviti yang dilakukan mestilah untuk merapatkan hubungan antara komuniti yakni pelajar-pelajar dengan penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.


Blog ini diwujudkan adalah untuk mencoret segala persiapan kami dalam merencana perjalanan program bertitik tolak daripada minggu pertama hingga minggu terakhir. Program yang kami akan jalankan ialah  " PROGRAM  TAUTAN KASIH '15 " di Kampung Pandan, Kuala Selangor.


Kami berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan kami dapat melakukannya dengan seikhlas hati. Sejujurnya kami inginkan penduduk setempat dan juga pihak yang terlibat mendapat pelbagai manfaat daripada program yang akan berlangsung tidak lama lagi ini.

Sekian untuk pengenalan pertama kami.

TERIMA KASIH. #tautankasih'15